Blogger Backgrounds

Tuesday, November 6, 2012

Sungguh aku rindukan dia.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




Setiap apa yang aku rasa,
hanya Allah yg tahu..
Setiap apa yg aku fikirkan,
tetap, hanya Allah yg tahu..



Rindunya aku pada sahabat
yg jauh nun di sana..
Rindunya aku untuk
mendengar gelak tawanya..
Rindunya aku untuk
bergurau senda dengannya..



Jujur beratnya hati aku untuk meninggalkannya..
Sungguh aku sedih kerana tidak
kesampaian niat aku untuk
menghantarnya pulang..
hanya Allah yg tahu apa yg aku rasa..






Aku terlalu rindukannya..
Aku terlalu bimbang
apa yg akan berlaku di seberang sana nanti..
Benar, aku sangat jauh dengannya..
Hanya doa yg mampu kuberikan
untuk sahabatku yg sedang
berjuang saat ini..
moga dia sentiasa kuat dan tabah
mengharungi setiap ujian
yg Allah beri..



Aku hanya ingin dia tahu,
bahawa Allah sentiasa bersamanya
setiap detik dan waktu..
Allah tidak pernah membiarkan
hambaNya dalam kesedihan..
Allah lebih mengetahui
setiap apa yg Allah rancangkan..



dan sebagai sahabat,
aku sentiasa ada untuknya..
aku sentiasa berada di belakangnya..
takkan sesekali aku meninggalkannya..
Kerana dia lah sahabat dunia dan akhiratku..
aku sayangkannya..lillahi ta'ala..



''Maafkan aku sekiranya
aku tidak menjagamu dengan baik....''