Blogger Backgrounds

Sunday, October 31, 2010

exam + sleep = ???

yeahh..
now already 3.30 am..
and i'm still not sleepy..
dun knoe why...
mybe i feel nervous 4 2morrow..
oh no !!
exam not already around d corner..
but on the wall...
it's too near with me...

2morrow i'll sit for english paper...
what can i say is....ARGGGGHHH ! ! !
 really hate it...
why my english sbjct never get amazing marks ??/
why ? why ??
telling d truth.....
i hate english...very very much
this is d sbject that always circling my mind...
n made me felt so..so.. so... stress !!

writing is my enemy..
i dun knoe how to write good essay..
or how to make people enjoy with my writing...
i just write,write n write...
i did not care about d grammar...
my hand just flow itself...
without checking the whole essay...

i'm not sure i'll make it or not 4 2morrow..
it's just 1 hour n 15 min...
how can i finish all the questions ??
it's imposibble for me...
not for other people..
i'm stuck already...

i hope i can do well...
mum, wish me luck..
go go chayok !!
aja-aja fighting !!




Tuesday, October 26, 2010

Kalau Allah itu Maha Baik, kenapa buat neraka ?




Ini kisah benar..
Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
 Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan 
dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa 
tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di
 premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, 
untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan 
sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya
 mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama,
 dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis
 panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini,
 seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. 
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, 
kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, 
seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan 
di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
 Maka dia pun kena denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, 
ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan
 dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan 
Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. 
Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, 
pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.. 
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, 
bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang,
 Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, 
tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, 
kenapa buat neraka? Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? 
Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia 
sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. 
Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. 
Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, 
ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, 
saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. 
Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. hidup senang, 
lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. 
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. 
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. 
Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? 
Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused
ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau 
Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, 
semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? 
Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji 
sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
 Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.
 Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. 
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. takde siapa yang terima hukuman. 
Sebab Tuhan itu 'baik'.
 Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni 
kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, 
tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. 
Untuk menghukum hamba-hambaNya 
yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan
 juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang
. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya 
milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, 
semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.. Semoga kita dapat bersabar
 dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Assalamu'alaikum. "

Sunday, October 24, 2010

8 Pembohongan Ibu Kepadaku...




Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA
 - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA
 - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA
 - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM
 - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH
 - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN
 - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!